salji

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha....kepada semua umat Islam di seluruh dunia...!!! Takbir bergema..kita dengar sambil menghayatai takbir. Takbir bergema......kita kenang pemergian orang yang tercinta atau pun yang disayangi dan paling penting,  Takbir bergema...kita kenang kisah Nabi kita....

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA !!!!

Dari kami :Mohd Amirul dan Nur Athirah (AyRa)


Thursday, April 25, 2013

Pemergian Adik Tercinta

Salam,

Pada 14hb April 2013, jam 11.00 pagi, kami sekeluarga dikejutkan dengan kematian adik kedua saya, Mohd Izzan Hafizh Bin Mohd Noor akibat kemalangan di jalan raya. Arwah yang juga seorang pendiam, baik hati, pipi tembam, adik yang degil, adik yang diminati ramai orang akhirnya meninggalkan kami sekeluarga pada hari Ahad tersebut. Kali terakhir saya selaku abang sulong bercakap dengan arwah adalah pada selepas Maghrib dimana saya bersama-sama keluarga ingin ke Kuala Pilah. Saya mengajak beliau untuk kesana namun arwah menolak kerna arwah ingin keluar berjumpa dengan rakan-rakannya.


 Arwah tidak banyak bercakap dengan saya kerna pada masa dulu ketika arwah berada di Tingkatan 3, saya sering merotan arwah kerna melakukan kesalahan-kesalahan tingkah laku. Akibat itu, arwah tidak banyak bergaul dengan saya. Kadang-kadang, arwah ada juga bercakap, bersembang sambil merokok dan pada kami sekeluarga bercuti di Melaka, saya sempat menasihati dan memesan kepada arwah.

Mohd Izzan Hafizh Mohd Noor

Pesanan saya kepada arwah yang sehingga kini saya masih mengingatinya ialah, "...Angah, kau tolong tengok-tengokkan adik-adik bila Along tiada nanti. Kau lah yang menjaga mereka ketika Ma dan Abah bersusah payah mencari rezeki untuk menyara kamu semua. Jangan beri adik-adik ikot jejak langkah kita, Angah.". Itulah pesanan ku kepada arwah ketika kami berhenti makan tengahari di Simpang Ampat, Melaka. Kami bersembang sambil hisap rokok di sebelah kereta Naza kami selepas sudah menjamah Nasi Ayam Madu.


3 hari sebelum arwah meninggalkan kami, kami sempat pergi ke Jusco AEON di Seri Kembangan untuk membeli pakaian dan sebagainya. Arwah membeli SUITER hasil duit daripada abah. Abah juga memberika kami wang untuk membeli baju, seluat ataupun barang-barang lain. Arwah membeli suiter dan helmet. Dan ketika arwah ditimpa kemalangan, arwah memakai suiter dan helmet tersebut. Itulah benda yang paling menyedihkan kami apabila terkenangkan pakaian yang dibeli 3 hari sebelum arwah meninggal.


Arwah meninggal akibat KECEDERAAN DALAMAN akibat terhentak pada penghadang jalan di KM 279.7 (Utara), Lebuhraya PLUS (Lebuhraya Seremban-KL). Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Galing, Kuantan, Pahang, bersebelahan dengan kubur arwah Datuk (ayah kepada Abah) kami.
Alhamdulillah, jenazah selamat diturunkan pada jam 9.30 malam.



Ketika mendapat khabar kematian daripada Abah, saya terpaksa kuatkan semangat kerana Mama sudah lemah dan tidak terdaya. Adik-adik melihat tangisan seorang ibu yang melahirkan seorang anak dan sempat menjaga pinjaman Allah S.W.T itu selama 18 tahun sahaja. Arwah meningglkan kami genap setahun selepas kematian Datuk kami (ayah kepada Mama) yang tercinta. Saya memandu kereta Naza menuju ke Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban. Dengan hati yang sedih, saya masih cuba kuatkan diri saya.


Setibanya kami di sana (Rumah Mayat), saya melihat ramai yang hadir untuk memberikan takziah kepada kami. Rakan-rakan Abah dan Mama, Adik-Beradik (sahabat handai) saya, sahabat karib arwah dan juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato' Hasan Bin Malek yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah. Ini kerana Abah merupakan BODYGUARD kepada Dato' Hasan Malek. Selepas saya bersalaman dengan mereka semua, saya terus berdamping dengan Abah lalu memeluk beliau. Kesedihan dihati akhirnya terkeluar jua. Air mata yang pertama jatuh kebumi, saya REDHA, kami REDHA dengan pemergian Arwah. Hajat saya untuk melihat arwah berada di Majlis Perkahwinan saya bersama Nur Athirah akan datang nanti tidak tercapai. Biarpun masih ada adik-adik yang lain, namun apabila kehilangan seorang, kita akan merasai keperitan tersebut. Namun yang demikian, YANG HIDUP TETAP KENA TERUSKAN KEHIDUPAN DI DUNIA.

Ketika berada di Rumah Mayat Hospital Besar Tuanku Jaafar, saya dan Abah sempat memandikan jenazah bersama-sama Zack (Adik-Beradik) dan juga seorang Ustaz yang menguruskan jenazah. Apabila selesai memandikan jenazah, dimulakan dengan Abah untuk mengucup dahi arwah dan diikuti oleh Mama, saya dan adik-adik. Itulah kucupan terakhir yang diberikan oleh kami sekeluarga.


Selepas ini, hanya doa yang mengiringi kamu, Angah. Along terasa kehilangan Angah. Along tukar bilik untuk tidur di bilik Angah. Along kemas semua sekali bilik Angah. Sebelum tidur, Along merasakan bahawa Angah ada disebelah Along. Mama dan Abah sering kali melihat gambar Angah. Angah, jagalah diri kamu disana dengan baik-baik. Ingat, Allah Tuhanku, Islam Agamaku, Muhammad Rasulku, dan lain-lain. Angah tunggu Along nanti okay..?? Along akan jaga mak abah dan adik-adik. Nanti bila Abah pencen, mereka akan tinggal di Kuantan. Jadi, nanti hari-hari mereka datang menziarahi Angah, okay? Along Sayang Angah, Kami Sayang Angah.....


- Mohd Amirul Mohd Noor


Jasamu Dikenang

Salam, entry kali ini adalah menceritakan beberapa orang dimana jasa mereka akan saya kenang hingga bila-bila. Mereka inilah yang membantu saya ketika melakukan kerja di Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK), Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia di Putrajaya. Mereka ini adalah Pegawai Penerangan yang bekerja keras demi bangsa, agama, keluarga mereka dan juga kepada negara Malaysia tercinta. Mereka ini tidak memilih bulu langsung ketika menjalankan kerja mahupun rutin harian mereka. Bila mana saya memerlukan pertolongan dan juga tunjuk ajar, maka mereka lah yang sedia membantu. Mereka ini adalah Encik jagjit Singh a/l Sarjit Singh, Puan Noor Zihan Jumat, Encik Husni Yusop, Cik Musalliana, Encik Mohd Rizal dan Encik Sazaki. Mereka ini lah yang memberi tunjuk ajar kepada saya ketika di BMKK.

Selain itu juga, staf lain juga turut membantu dan memberi kerjasama yang rapat jua. Seperti Kak Dila, Puan Noriza, Puan Sukam dan lain-lain. Tidak terlupa juga kepada Pengarah MKK, Encik Nik Mohd Kamal W Mustapha, Timbalan Pengarah (Media), Tuan Haji Suwadi Guiling, Timbalan Pengarah (Komunikasi Korporat) Puan Wan Saidatul Shafina. Terima kasih banyak-banyak.

Kerja saya di MKK kebanyakan hanyalah berada di Bilik Kad Perakuan Media bersama-sama Kak Zihan. Menyemak dan memproses permohonan rakan-rakan media samada didalam negara mahupun diluar negara. Pelbagai ilmu yang saya pelajari disini. Selain itu juga, kawalan media yang saya ikuti juga memberikan pengalaman bagaimana cara untuk kita menguruskan pengerakan media ketika majlis yang dianjurkan oleh kerajaan yang juga melibatkan pemimpin tertinggi negara dan kerajaan.

Dimana sekalipun saya berada dan ditempatkan, JASA KALIAN TETAP KU KENANG.


~Mohd Amirul Mohd Noor @ Mr. Bunny

PASANGAN iPHONE


Salam, kali ini adalah cerita yang membuatkan Mrs Honey Bunny (Athirah) suka dan gembira kerana beliau kini menggunakan iPhone 4...!!! Canggih daa sekarang. Selamat saya punya iPhone 4S, kalu tidak, semua nak canggih dari saya....hehehe. Jangan marah ea sayangku. Lepas ini jarang laa kita bermesej SMS bagai kan sayang..?? Kita boleh WHATAPPS, WeChat, Viber, Skype hanya melalui iPhone....!! Suka lah tuh. Jaga baik-baik smartphone nie taw sayang. Walaupun warnanya sama, namun model nyer berlainan okay... huhu. So nanti, kita hanya perlu pergi ke Celcom Cube, sayang cume pasang internet sahaja di simkad kini. Macam hubby, pakai line. Sayang nak pakai prepaid kan, so every month you just top-up for the internet. Internet and call is different. You just register the internet, so you can make a call, SMS like usual. Top-Up. Nah ambil iPhone awak.... :P


Regard,
Your Hubby :)

Friday, March 8, 2013

PERJUANGAN MEMBELA DAULAT NEGARA





PENCEROBOHAN TENTERA DIRAJA KESULTANAN SULU TERHADAP SABAH


Bibit-bibit perjuangan para anggota keselamatan iaitu PDRM pada barisan hadapan manakala anggota Tentera Malaysia dibarisan kedua dalam tragedi yang menimpa negara kita pada baru-baru ini menentang anggota penceroboh yang didakwa anggota Tentera Diraja Kesultanan Sulu telah mengakibatkan Sabah hampir diistiharkan darurat. Namun, ianya dapat diatasi dengan segera dalam Ops Daulat (Operasi Daulat) dimana pihak Tentera yang mulanya merupakan Barisan Kedua telah bergabung tenaga bersama anggota PDRM (Joint Operation) untuk menentang musuh negara. Dengan arahan daripada Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Panglima ATM telah mengerahkan 7 Batalion Tentera Diraja Malaysia untuk mengawal situasi di Sabah, iaitu Lahad Datu sebanyak 5 Batalion dikerah, Semporna hanya 1 Batalion dikerah dan 1 lagi Batalion dikerah di sebuah daerah untuk mengawal situasi disana.



Dengan dibekalkan semangat juang yang tinggi serta ketaatan anggota Keselamatan Negara, mereka berjuang hingga ke titisan darah terakhir demi menjaga kedaulatan sebuah negara yang dinamakan Malaysia, Tanah Tumpah Airku. Semangat juang yang tinggi anggota Keselamatan Negara kita dikagumi oleh semua pihak, namun ada segelintir pihak yang cuba menjatuhkan moral anggota Keselamatan Negara kita dengan mempertikaikan soal aset negara kita dan juga pelbagai isu yang lain. Ada juga segelintir  rakyat Malaysia yang mengutuk dan menghina anggota Keselamatan Negara kita yang terkorban. Segala kata-kata cacian dan makian ini disebarkan di laman sosial FB.




Pelbagai tohmahan dan hinaan yang diberikan oleh mereka terhadap anggota Keselamatan Negara kita yang terkorban mahupun yang sedang berjuang. Malah wartawan juga dihina sedemikian rupa. Dimanakah semangat juang dan patriotik masyarakat kita....???? Dimanakah prinsip Rukun Negara kita..?? Adakah kita amalkan...?? Inilah yang terjadi apabila diri kita tidak diserapkan nilai-nilai Rukun negara serta semangat Patriotik terhadap negara. Apatah lagi, timbul isu dimana, PERISIKAN FILIPINA telah mendakwa bahawa Ketua Pembangkang Malaysia serta beberapa pemimpin pembangkang yang lain berjumpa dengan 'Sultan Sulu', Jamalul Kiram III... Apakah kotif disebalik ini..?? Ini disahkan sendiri oleh Presiden Filipina sendiri. Ini bukan sandiwara politik yang dimanikan oleh UMNO ataupun Barisan Nasional (BN). Ini telah disahkan sendiri oleh PRESIDEN FILIPINA...!!!!.  Maka dengan itu, Perdana Menteri Malaysia telah mengarahkan PDRM menyiasat kes ini. 


Jamalul Kiram III yang mendakwa beliau adalah Sultan Sulu

Ramai yang marah dan bertanya kenapa PDRM diletak dibarisan hadapan (frontline) dan bukannyer Tentera kita, ATM. Ini jawapannya. Ini disebabkan kita mengangap mereka sebagai PENCEROBOH dan kita hanya berhak menangkap dan menahan mereka sahaja. Inilah sebab kita meletakkan pasuka PDRM dihadapan. Selain itu juga, kita terpaksa mengikuti Prokotol Antarabangsa Geneva (PBB). Kita nak tangani sesuatu mesti ada cara dan protokol. Ini melibatkan dua buah negara iaitu Malaysia dan Filipina. Apabila pasukan PDRM tidak dapat menangani pencerobohan ini, barulah Tentera ambil alih, denganm keizinan Pamglima Angkatan Tertinggi Tentera Bersenjata Malaysia, iaitu Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, selaku Ketua Negara Malaysia. Baginda akan mengistiharkan darurat, maka barulah Angkatan Tentera Malaysia ambil alih operasi. Apabila ATM ambil alih, disini saya nak tegaskan, Ketua Operasi Tentera tersebut adalah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, dan dibawah Panglima barulah Menteri Pertahan Malaysia. Ini kerana, arahan kerahan datang daripada SPBYDPA, bukannya Perdana Menteri. Ini yang kita sebagai rakyat Malaysia kena fahami denga jelas tentang perkara ini. Ketika PDRM ambil alih operasi, Tentera hanya siap sedia di belakang PDRM. Kesemua cabang ATM terlibat dalam Operasi ini.


Status Anggota PDRM di laman sosial Facebook



Secara kesimpulannya sebelum pihak ATM bergabung tenaga dengan PDRM, seramai 7 anggota PDRM terkorban dalam serangan ini termasuklah dua orang Pegawai Kanan PDRM iaitu, KCKD Semporna dan juga Pegawai Kanan Cawangan Khas Bukit Aman. Dikatakan dua orang anggota Keselamatan Negara kita yang terkorban dibunuh dengan KEJAM oleh Tentera Sulu ini. Adakah ini patut dilakukan terhadap seAGAMA...???? Apakah umat Islam sudah hilang akal mahupun sudah tidak waras lagi..?? Dimanakah sikap keperimanusian ini..?? Subhanallah... Mereka yang terkorban ini adalah MATI SYAHID..!! Ini disahkan sendiri oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.




Apa yang dinyatakan dalam sebuah akhbar

Apabila kesabaran anggota Keselamatan Negara kita sudah mencapai tahap yang MERAH, maka Pemimpin Negara kita mula bertindak aggresif. Perdana Menteri mengerahkan 7 Batalion dihantar ke Sabah dan mereka diberikan arahan untuk 'menghapuskan penceroboh di Sabah'. Operasi ini melibatkan beberapa ASET TENTERA yang canggih digunakan dalm operasi ini. Serangan Ops Daulat ini dimulakan jam 7.00 pagi pada hari Selasa (tidak silap saya) dengan pengeboman oleh dua jenis pesawat milik TUDM. Kapal Diraja (KD) berkawal di perairan Sabah. selepas serangan yang dijalankan oleh TUDM, serangan mortar pula dilancarkan oleh Tentera Darat Diraja Malaysia. Kenderaan Perisai telah mula masuk dan askar dan Polis memulakan 'pembersihan' di kawasan sekitarnya. Penduduk ramai dipindah ke kawasan yang selamat dan dilindungi. Ini takut diancam oleh pengganas Sulu. Segala aset dikerahkan bagi menjalankan Operasi Daulat atau dikenali sebagai Ops Daulat. Hasilnya, sungguh memuaskan !! Dikatakan lebih daripada 20 anggota Tentera Kesultanan Sulu MAMPOS, manakala anggota Keselamatan Negara kita tiada seorang pun yang maut dalam Operasi Daulat ini. Langkah yang berjaga-jaga diambil oleh kesemua anggota Keselamatan Negara bagi menjamin keselamatan nyawa mereka.

Operasi Besar-Besaran
Penceroboh yang mati ditembak

Penceroboh yang MATI KATAK
Operasi Ketenteraan (Ops Daulat) -'Pembersihan Sabah'
Penceroboh yang ditahan oleh pihak anggota Keselamatan Negara
Penceroboh yang disyaki terkena serangan TUDM




Kenderaan tentera yang berfungsi sebagai menyekat kesemua talian komunikasi di Lahad Datu





Lawatan Perdana Menteri ke Lahad Datu abgi melihat sendiri keadaan Operasi Daulat atau dikenali sebagai Ops Daulat ini. keprihatinan Perdana Menteri Malaysia juga membuktikan bahawa Mohd najib mengambil serius dalm isu ini kerana ini melibatkan Isu Keselamatan Negara kita. jangan mempolitikkan isu ini, jangan mempersendakan isu ini, politik tetap politik, namun soal Keselamatan Negara Adalah Tanggungjawab Bersama...!!! 










Semoga Perjuangan mereka dirahmati oleh Allah S.W.T dan bagi bukan Muslim, semoga perjuangan anda diberkati oleh Tuhan. Salam Perjuangan daripada saya, rakyat Malaysia yang menyokong penuh usaha Angkatan Keselamatan Negara Malaysia.

Petikan kata-kata Presiden Aquino kepada Sultan Sulu

"Jika kamu mati disembelih oleh rakyat Malaysia, maka itu masalah kamu, dan jika kamu kamu kembali ke Filipina, tentera saya juga akan membunuh kamu seperti ayam. Kamu tiada pilihan"


~Mohd Amirul Bin Mohd Noor ( Mr. Ayoi)~


BEKALAN UNTUK CABARAN SUKAR

Kesabaran saya mula tercabar dan kian tercabar. Apabila dituduh dan dilabel sebagai ***. Mana tak geramnyer...!! cume berkawan dengan orang yang lembut dan peramah, kita dituduh sedemikian oleh IBUBAPA sendiri. Kesabaran ada had dan batas juga kan...?? apa kan daya, aku hanay seorang anak yang ingin berubah menjadi insan yang lebih matang, bukan anak derhaka.

Sekadar hinaan dan makian yang ku terima, cukup mencabar diriku ini, namu ku berjaya menempuhi segala dugaan dengan hati yang terbuka bersama Si Dia (Etty). Dia memberikan ku semangat untuk bertahan dan bersabar walaupun apa sekalipun dugaan yang melanda terhadap diriku mahupun atas perhubungan kami. Malah, disebabkan fitnah ini, ibu aku pernah menyuruh aku meninggalkan Dia disebabkan aku dilabel dan dituduh oleh mereka sebagai G**. Apa kan daya, aku hanya mampu berdoa. Memang salah aku sebab terlalu OVER dengan dia sampai mereke menuduh aku menjalankan hubungan sedemikia dengan sejenis. Apa yang mampu aku ungkapkan ketika itu ialah, ITU TIDAK BENAR !!! Aku berdoa kehadrat Ilahi agar berikan bukti yang kukuh agar membuktikan yang aku bukan manusia sedemikian. Memang aku terlalu rapat dengan lelaki tersebut, satu bilik, satu rumah, pergi memancing sama2 dan susah senang sama2. Dia ialah sahabat karibku, sahabat rapatku. Disebabkan dia lembut, tidak menjadi penghalang untuk aku berkawan dengan beliau.

Walau beberapa banyak dugaan sekalipun, aku mampu hadapinya dengan hati yang terbuka dan tenang walaupun aku tahu ianya amat perit dan sakit bagi diriku. Dengan kudrat yang diberikan oleh-Nya, dan juga sokongan Teman Hidupku serta sahabat-sahabat karibku ini, aku akan teruskan menghadapi segala dugaan dan cabaran. Selagi aku mampu, aku akan harungi semua ini. Harapan aku, aku nak keluar dari situ, cari rumah lain, duduk dan kerja. Kumpul duit dan kahwin dan bina hidup yang bahagia tanpa fitnah yang ditaburkan masa kini. Adakah aku sedemikian rupa..??? adakah aku terlalu GILA sampai tergamak melakukan perbuatan sedemikian...?? TIDAK...!! itu bukan aku..!! Itu bukan aku...!! No..!!! aku hanya berharap agar mereke sedar dan diberikan hidayah agar sedar akan apa yang mereka telah lakukan kepada seorang insan yang bergelar ANAK KANDUNG. Aku hanya seorang manusia biasa, solat pon belum perfect, al-Quran pon aku belum habiskan lagi... Aku tak salahkan mereka kerana abaikan aku sewaktu aku kecil dahulu, aku terima ini semua sebagai Qada' dan Qadar aku. Aku hanya insan yang lemah. Apakan daya untuk aku mengahrungi ini semua. Hanya dibekalkan dengan kekuatan mental dan fizikal, kekuatan dalaman, dengan doa, dengan sokongan dari dia, aku jadikan ianya semua sebagai bekalan untuk aku hadapi semua ini.


............AKU HANYA INSAN YANG LEMAH..................


13 CARA SUAMI MELAYAN ISTERI UTK BAHAGIA




1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

Sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. Wallahualam..

Wednesday, February 13, 2013

SEHARI BERSAMA DIA DI SEGAMAT


Tengok Wayang  : Hantu Kak Limah 3

It's us...

tafff body.....?

sukenyer....!!


Domino : Tengok list menu