salji

Thursday, April 25, 2013

Pemergian Adik Tercinta

Salam,

Pada 14hb April 2013, jam 11.00 pagi, kami sekeluarga dikejutkan dengan kematian adik kedua saya, Mohd Izzan Hafizh Bin Mohd Noor akibat kemalangan di jalan raya. Arwah yang juga seorang pendiam, baik hati, pipi tembam, adik yang degil, adik yang diminati ramai orang akhirnya meninggalkan kami sekeluarga pada hari Ahad tersebut. Kali terakhir saya selaku abang sulong bercakap dengan arwah adalah pada selepas Maghrib dimana saya bersama-sama keluarga ingin ke Kuala Pilah. Saya mengajak beliau untuk kesana namun arwah menolak kerna arwah ingin keluar berjumpa dengan rakan-rakannya.


 Arwah tidak banyak bercakap dengan saya kerna pada masa dulu ketika arwah berada di Tingkatan 3, saya sering merotan arwah kerna melakukan kesalahan-kesalahan tingkah laku. Akibat itu, arwah tidak banyak bergaul dengan saya. Kadang-kadang, arwah ada juga bercakap, bersembang sambil merokok dan pada kami sekeluarga bercuti di Melaka, saya sempat menasihati dan memesan kepada arwah.

Mohd Izzan Hafizh Mohd Noor

Pesanan saya kepada arwah yang sehingga kini saya masih mengingatinya ialah, "...Angah, kau tolong tengok-tengokkan adik-adik bila Along tiada nanti. Kau lah yang menjaga mereka ketika Ma dan Abah bersusah payah mencari rezeki untuk menyara kamu semua. Jangan beri adik-adik ikot jejak langkah kita, Angah.". Itulah pesanan ku kepada arwah ketika kami berhenti makan tengahari di Simpang Ampat, Melaka. Kami bersembang sambil hisap rokok di sebelah kereta Naza kami selepas sudah menjamah Nasi Ayam Madu.


3 hari sebelum arwah meninggalkan kami, kami sempat pergi ke Jusco AEON di Seri Kembangan untuk membeli pakaian dan sebagainya. Arwah membeli SUITER hasil duit daripada abah. Abah juga memberika kami wang untuk membeli baju, seluat ataupun barang-barang lain. Arwah membeli suiter dan helmet. Dan ketika arwah ditimpa kemalangan, arwah memakai suiter dan helmet tersebut. Itulah benda yang paling menyedihkan kami apabila terkenangkan pakaian yang dibeli 3 hari sebelum arwah meninggal.


Arwah meninggal akibat KECEDERAAN DALAMAN akibat terhentak pada penghadang jalan di KM 279.7 (Utara), Lebuhraya PLUS (Lebuhraya Seremban-KL). Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Galing, Kuantan, Pahang, bersebelahan dengan kubur arwah Datuk (ayah kepada Abah) kami.
Alhamdulillah, jenazah selamat diturunkan pada jam 9.30 malam.



Ketika mendapat khabar kematian daripada Abah, saya terpaksa kuatkan semangat kerana Mama sudah lemah dan tidak terdaya. Adik-adik melihat tangisan seorang ibu yang melahirkan seorang anak dan sempat menjaga pinjaman Allah S.W.T itu selama 18 tahun sahaja. Arwah meningglkan kami genap setahun selepas kematian Datuk kami (ayah kepada Mama) yang tercinta. Saya memandu kereta Naza menuju ke Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban. Dengan hati yang sedih, saya masih cuba kuatkan diri saya.


Setibanya kami di sana (Rumah Mayat), saya melihat ramai yang hadir untuk memberikan takziah kepada kami. Rakan-rakan Abah dan Mama, Adik-Beradik (sahabat handai) saya, sahabat karib arwah dan juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato' Hasan Bin Malek yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah. Ini kerana Abah merupakan BODYGUARD kepada Dato' Hasan Malek. Selepas saya bersalaman dengan mereka semua, saya terus berdamping dengan Abah lalu memeluk beliau. Kesedihan dihati akhirnya terkeluar jua. Air mata yang pertama jatuh kebumi, saya REDHA, kami REDHA dengan pemergian Arwah. Hajat saya untuk melihat arwah berada di Majlis Perkahwinan saya bersama Nur Athirah akan datang nanti tidak tercapai. Biarpun masih ada adik-adik yang lain, namun apabila kehilangan seorang, kita akan merasai keperitan tersebut. Namun yang demikian, YANG HIDUP TETAP KENA TERUSKAN KEHIDUPAN DI DUNIA.

Ketika berada di Rumah Mayat Hospital Besar Tuanku Jaafar, saya dan Abah sempat memandikan jenazah bersama-sama Zack (Adik-Beradik) dan juga seorang Ustaz yang menguruskan jenazah. Apabila selesai memandikan jenazah, dimulakan dengan Abah untuk mengucup dahi arwah dan diikuti oleh Mama, saya dan adik-adik. Itulah kucupan terakhir yang diberikan oleh kami sekeluarga.


Selepas ini, hanya doa yang mengiringi kamu, Angah. Along terasa kehilangan Angah. Along tukar bilik untuk tidur di bilik Angah. Along kemas semua sekali bilik Angah. Sebelum tidur, Along merasakan bahawa Angah ada disebelah Along. Mama dan Abah sering kali melihat gambar Angah. Angah, jagalah diri kamu disana dengan baik-baik. Ingat, Allah Tuhanku, Islam Agamaku, Muhammad Rasulku, dan lain-lain. Angah tunggu Along nanti okay..?? Along akan jaga mak abah dan adik-adik. Nanti bila Abah pencen, mereka akan tinggal di Kuantan. Jadi, nanti hari-hari mereka datang menziarahi Angah, okay? Along Sayang Angah, Kami Sayang Angah.....


- Mohd Amirul Mohd Noor


No comments:

Post a Comment