salji

Thursday, November 29, 2012

Cintaku Hanya Untukmu,

Salam, lame tak update story cinta kami AyRa. Mana tak nyer, masing-masing sibuk dengan hal tersendiri. Ini pon saya baru free untuk menaip setiap patah perkataan untuk dijadikan cerita pada kali ini. Percintaan memang banyak dugaan dan cabaran yang kita akan hadapi pabila tengah bercinta. Inikan pula bila berstatus "ENGAGED".... lagilah banyak dugaannya. Selama 18bulan kami bersama yang juga bersamaan 1 tahun 6 bulan juga banyak mencabar bagi kami. Saya paling RESPECT Athirah kerana beliau sungguh tabah dan sabar ketika menghadapi pelbagai cabaran demi menjaga dan melindungi hubungan percintaan kami berdua. Sebagai lelaki, saya akan melindungi dia, menjaga dia, memimpin dia, mencintai dia dan menyayangi dia selain dari dari keluarga beliau. Athirah memang seorang yang pandai berkata, bijak dalam semua hal, cantik pon cantik, comel lagilah comel...itulah yang paling saya takot, takot kene rampas dek orang. 

         Walau bagaimana sekalipun dugaan yang kami hadapi, kasih sayang saya, cinta, jiwa dan raga hanyalah untuk diri si punya RATU HATi saya, Nur Athirah Bte.Abd Razak. Dia lah segalanya, Dia lah ratunya, Dia lah Athirah. Saya berharap, cinta kami kekal hingga akhir hayat.InsyaAllah jika tiada halangan, hujung tahun hadapan, kami akan bertunang....jika ada halangan, insyaAllah, 2tahun akan datang.....

Ya Allah, Engkau kurniakan rahmatMu kepada kami berdua, Ya Allah...
Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi segala cabaran mendatang, Ya Allah....
Ya Allah, Engkau jadikanlah dia jodohku hingga akhir hayat, Ya Allah...
Ya Allah, Engkau permudahkanlah perjalanan kami, Ya Allah...

Ya Allah, berikanlah hidayah-Mu kepada kami berdua, Ya Allah...
Ya Allah, Engkau berikanlah dia kesihatan dan jasmani yang sihat, Ya Allah.....

Amin.......................

No comments:

Post a Comment