salji

Thursday, November 3, 2011

Hobin Jang Hobin : Piala Malaysia 2011 Milik Skuad Rusa !!

Salam.... kali nie..saya nak bagitahu mengenai suasana dan kegembiraan skuad rusa dan para penyokong Negeri Sembilan... saya salah seorang penyokong nyer... baru-baru nieh, Perlawanan Akhir Kejuaraan Piala Malaysia telah berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam. Saya dan keluarga pergi beb...takkan tak pergi kot kan.... hahaha.... pergi beli baju jersi dan barang-barang untuk kami menyokong Pasukan Rusa. Sampai kat sana, pada jam 7.05pm. Dari dalam kereta, kedengaran bunyi gendang, dan macam2 lagi dalam stadium uh..betapa meriahnyer....hahaha.... aku tak sabar nak masuk stadium tuu.... masuk je stadium... kteorg duduk kat kerusi hadapan skrin besar (kalu set pertama, belakang gol NSDK). memg jelas giler laaa kan... hahaha... aku ngan adi-adik aku mula laa bersorak-sorak smbil membunyikan "hon kereta" uh.... hahaha... 8.45pm..perlawanan dh nak start... aku memg haraapkan NS menang... bila tibanya pasukan Patah Ganu Patah jaringkan gol..aku, family aku dan semua penyokong NS terus diam membisu.... mana tak nyer kan.. masa tinggal berapa puluh minit lagi nak tamat... walaubgaimana pon...kalu kalah,, aku still respect Pasukan NS coz banyak kali cubaan nak jaringkan gol berbanding pasukan lawan... tiba-tiba....GOOOOOOOOOLLLLLLLLLLL !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Pasukan Rusa dah menjaringkan gol dan menjadikan perlawanan ketika itu, seri..1-1.... pada minit nak yang terakhir sekali lagi bunyi laungan dari kami semua....GOOOLLL......!!!! gol kedua dijaringkan oleh Hairuddin Omar (Hai-O) ..... pasukan Patah Ganu Patah terus diam membisu dan ada yang keluar stadium nak pergi jaga penyu kek kampung ehh... hahahah.... aku ngn family aku bersorak kegirangan ..... hahahah.... memg best giler laa kan... Tahniah dan syabas buat Pasukan Rusa, diatas kemenangan ini. Tak lupa juga kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B Dato' Seri Utama Mohamad Bin Hasan  dan Penyokong Skuad Hobin Jang Hobin diatas sokongan padu kepada PBNS.... apa-apa pun, aku respect Tok Mad ( MBNS ), sanggup turun dari tempat duduk, berjalan di sekitar tempat duduk penyokong NS untuk memberi semangat kepada kami !! Hidup Tok Mad !!! Hidup NS !!! 

Riang hati Mentori Bosar kito...
Piala Malaysia 2011
Penyokong Setia Skuad Ruso...huhuh

petikan dari lagu Hobin Jang hobin :
"Yamtuan sokong kito, Menteri Bosar sokong kito, Undang Luak sokong kito, JANGAN BUEK MALU MUKO...Hobin Jang Hobin !!!...Hobin Jang Hobin...!!! "

No comments:

Post a Comment