salji

Saturday, November 26, 2011

Rindu Tahap Giler...!!!! I Miss You Honey !!!


sayang.......

makin hari ku dilamun rindu
seindah mentari fajar yang menyinsing indah
senyaman bayu yang menenangkan alam
sayang........
seindah jambangan cintamu
ku hiasi kuntuman rindu dihatiku
rintik-rintik rindu sentiasa menyirami hatiku
seperti rintik hujan yang membasahi bumi
sesekali titisan air mata rindu mengalir dipipiku
bukan kerana ku tidak mampu menahan kesepian ini
namun kerana ku teramat merinduimu
sayang............
ku dambakan hadirmu disisiku
setiap hari setiap detik ku membilang waktu
bertemu dengan dirimu
agar terubat resah rindu dikalbu
ku hamparkan selimut rinduku buatmu
agar dirimu terasa kehangatannya dihatimu
sungguh aku rindu
bait-bait ayat rindu ini ku tujukan untukmu
kerana dirimu adalah pemilik hatiku......


Saturday, November 19, 2011

Antara Stalin (Diktator Soviet Union) dan Adolf Hitler (Fuhrer NAZI)

SIAPA LEBIH BAIK? Atau, SIAPA LEBIH LAKNAT?

(Hitler: Tabik Hormat seorang Fuhrer) 
  
(Hitler: Mendahului Para Jeneral Beliau)
 PERSOALAN KEPIMPINAN di zaman lampau selalu menjadi modal perbincangan serta perbandingan dikalangan pelajar-pelajar dan pengkaji bidang pengurusan dan kepimpinan. Ada yang dijadikan "benchmark" atau penanda aras. Ada yang dijadikan "role model" (contoh untuk ditiru?). Ada juga yang dijadi "punching beg" untuk melepaskan segala bentuk kebencian dan dendam tak sudah.

Banyak contoh pemimpin-pemimpin modern yang berkalibar dan hebat. Tetapi tidak kurang juga bilangannya yang pada akhirnya menjadi buruan rakyat yang lamamenyimpan dendam kesumat. Sukarno. Suharto. Marcus. Indra Ghandi. Zia ul Haq. Anwar Sadat. Saddam Hussein. Terlalu ramai. Yang terbaru (baru sahaja mendaftar diri menganggotai kelab eksklusif ini?) ialah Hosni Mubarak. Jika dilihat sekali imbas, tampaknya kebanyakan tokoh-tokoh ini datang dari timur. Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin barat? Adakah mereka terlalu hebat, luarbiasa dan baik-baik belaka?

(Stalin: Wajah Bakal Seorang Diktator Komunis)
Jelaslah bahawa sarjana-sarjana sejarah di barat jarang berlaku jujur, gemar memutar lidah dan memiliki mata pena yang amat berbelit-belit. Cukup prejudis dan berat sebelah. Malangnya, kita terlalu mudah terpedaya. Mungkinkah kerana kurangnya kajian kita? Atau, lantaran kemalasan kita untuk belajar dari sejarah? Atau mungkinkah lantaran kita (dan kebanyakan negara-negara di rantau timur) terlalu lama terjajah lantas tiada harapan untuk kita mempelajari dan mencungkil kebenaran dari sejarah pahit penjajahan-penjajahan silam?

Berbalik pada kepimpinan timur dan barat, secara ringkas. Sebenarnya apabila memperkatakan persoalan ini, kedua-duanya sama sahaja. Baik yang di timur mahupun di barat, jika mereka bersikap kejam dan kuku besi, maka kita boleh golongkan mereka sebagai tirani. Apakah bezanya George Bush dengan Saddam atau Hitler? Mereka ini sama sahaja - konservatif, kejam, otoritatif danhegemon. Bezanya cuma terletak pada bagaimana sejarah mereka dilakarkan. Jika lakarannya indah, maka indahlah bunyinya. Jika lakarannya dilambakkan dengan najis dan prejudis, maka buruklah gambarannya.
     
(Stalin: Diktator Soviet Russia)
 
  
(Siapa Paling Kacak? Siapa Paling Kejam?)
"Yardstick" atau penanda aras sesuatu kepimpinan itu lazimnya tidak bersifat "ideal type" atau "jenis unggul". Ia bergantung pada situasi sesuatu masyarakat, saiz, ideologi, struktur organisasi, agama dan sistem sesuatu negara. Oleh itu adalah terlalu ideal untuk menyimpulkan bahawa pemimpin "X" boleh memimpin "negara Y" dengan cekap kononnya kerana beliau telah berjaya memimpin "negara X" dengan berkesan. Teori-teori politik kerap-kalinya terlalu ideal dan mudah menjadi usang lantaran politik adalah terlalu dinamik. Lantaran itu pembacaan dan kajian yang meluas amat perlu untuk memahami fenomena kepimpinan politik secara lebih berkesan. Kajian yang hanya bergantung pada pandangan satu-dua sarjana hanya akan menyempitkan kefahaman kita terhadap kepimpinan politik itu sendiri. Dengan memahami konsep ini secara holistik barulah kita berupaya menganalisis sesuatu isu itu secara lebih tepat, matang dan terbuka. Insyaallah.
(Perkahwinan atau Persekongkolan Geopolitikal?)
Kita berbalik kepada Hitler dan Stalin.Kedua-duanya adalah tokoh politik zaman lampau khususnya di era Perang Dunia Kedua. Hitler, antara lain dicop (oleh sejarah barat) sebagai pencetus Perang Dunia Kedua (WW2). Beliau dikatakan bersekongkol dengan Mussolini (diktator Itali) dan Jeneral Tojo (Pemerintah utama rejim militer Jepun) dalam mencipta perikatan "Paksi" (the "Axis"). Teori persekongkolan ini antara lain ialah pembahagian wilayah-wilayah jajahan yang memperlihatkan German akan menguasai seluruh benua Eropah termasuk Britain, Itali menguasai wilayah selatan termasuk benua Afrika dan Timur Tengah dan Jepun menguasai seluruh wilayah Asia dan Timur Jauh.


(Stalin: Skim Pembersihan Etnik adalah mudah dan murah)
Tetapi apa yang tidak dijelaskan secara ekstrinsik dalam sejarah persekongkolan ini ialah peranan Soviet Union melalui Stalin dalam pakatan tersebut. Terdahulu dari itu (dan sebelum tercetusnya WW2) Hitler dan Stalin telah bertemu dan memeterai satu perjanjian. Hasil dari permufakatan itu, Stalin telah menjajah Ukraine dan beberapa wilayah lain di sempadan barat dan selatan negara itu. Di Ukraine terutamanya, Stalin telah melaksanakan satu skima pembersihan etnik atau eksterminasi (pembunuhan) yang mudah tetapi paling berkesan, iaitu "mengkebulurkan" rakyatnya (to starve them off). Hasilnya, 7 juta penduduk Ukraine telah dapat dikorbankan dalam jangkamasa yang singkat.
  
(Persoalannya: Siapa Tikam Siapa?)

 
(Propaganda Sebagai Alat Politik)
 Sedikit tentang Ukraine. Satu dunia tahu mengapa Russia ingin menjajah Ukraine. Wilayah tersebut memiliki hasil bumi yang tinggi. Lokasinya cukup strategik kerana terletak di barat Laut Kaspian. Cukup cantik untuk kapal-kapal perang serta kapalselam Russia. Dalam konteks ekonomi, ia amat sesuai untuk kapal-kapal dagang serta pengangkutan laut negara komunis tersebut. Jarak ke Terusan Suez juga adalah lebih dekat. Memang Ukraine adalah "cukup indah" dalam konteks geopolitik mahupun geostrategi. Oleh demikian, sehingga kini Soviet Russia tidak pernah terfikir untuk memerdekakan negara tersebut walaupun terpaksa berhadapan dengan puak pemisah (termasuk puak pemisah Islam). Sebaliknya Russia membelitkan fakta dengan menuduh bahawa puak pemisah ini adalah pengganas tajaan al-Qaeda dan lain-lain.

Stalin dan Hitler - mereka sama sahaja. Kedua-duanya menganuti ideologi sosialisme-nasionalis (walaupun Stalin seorang komunis). Kedua-duanya fasis, cukup otoritatif, bersifat tirani dan pengamal dasar eksterminasi keatas kaum-kaum yang tidak mereka gemari terutamanya semitik (walaupun pada hakikatnya Stalin juga seorang pro-yahudi yang dikatakan juga berketurunan yahudi). Kedua-duanya menghapuskan musuh-musuh politik masing-masing dengan kaedah yang serupa. Mereka juga merupakan penganut ajaran Machiaveli yang setia (nota: Ajaran Machieveli - "tujuan" menghalalkan "cara". Bermaksud, sesuatu matlamat itu hendaklah dicapai walaupun perlu melanggar norma-norma sosial, moral, hak asasi dan agama. Dan "kegilaan" seperti ini bukan sekadar dilakukan di gelanggang politik dan pentas dunia, malah pengaruhnya turut menyelinap di pelbagai organisasi besar dan kecil).

Walaupun pada akhirnya digambarkan sebagai Stalin amat memusuhi Hitler (lantaran menyerang Stalingrad pada tahun 1942), itu cuma sekadar intrepretasi sejarah semata-mata. Kemarahan Stalin sudahpun berbayar apabila 91,000 tentera Nazi menyerah diri kepada Tentera Merah (87,000 mati dalam tahanan dan dikatakan hanya 1,000 yang akhirnya dapat kembali ke German pada tahun 1955). Oleh itu catatan yang mengatakan bahawa mayat Hitler telah dibakar oleh Tentera Merah yang menawan Berlin (atas arahan Stalin) adalah meragukan. Ada yang mengandaikan bahawa mayat Third Reich itu telah diseludup ke Moscow secara rahsia. Namun itu tidak penting. Yang penting, kedua-dua makhluk ini adalah sama sahaja - pemimpin yang kejam, tetapi cukup licik dan berpengaruh.

(Hitler sebagai askar Jerman dalam Perang Dunia Pertama)

(Hitler [dalam bulatan] meraikan tamatnya Perang Dunia Pertama walaupun German kalah)

(Juara Propaganda)

 
(Orator berkarisma yang digeruni Yahudi dan Barat)
 
(Patriotik atau despotik?)
Dalam memperkatakan kepimpinan-kepimpinan tirani, sebenarnya kita jangan terlalu mudah untuk terlepas pandang. Ia masih wujud hingga hari ini. Dan ia akan terus wujud selagi dunia belum kiamat dan selagi kuasa politik dunia masih berpaksi atau tunduk kepada kehendak hegemoni zionis antarabangsa serta pendokong-pendokong neo-conservatism. Pemimpin-pemimpin ini mungkin cukup berhemah tinggi pada rakyatnya, pada bani yahudi dan pada pandangan umum. Tetapi tidak untuk masyarakat Dunia Ketiga atau negara-negara tertentu. George Bush (samaada Senior atau Junior..), Tony Blair, Thatcher, Putin - sekadar mengambil beberapa contoh. Ada yang masih berkuasa. Ada yang sudahpun berpencen. Namun mereka wajar dicop sebagai pemimpin-pemimpin yang kejam serta pelanggar undang-undang antarabangsa yang tegar lagi biadab. Kesemuanya menganuti fahaman Machiaveli yang cukup tidak bermoral. Sesetengah penganalisis menganggap mereka sebagai penjenayah atau pengganas antarabangsa berprofil paling tinggi. Justeru, adakah ini suatu kebetulan? Dunia dikuasai oleh para teroris atau pengganas-pengganas kasta brahma yang kebal berkat imuniti (haram) yang dihadiahkan (secara tidak sah) oleh PBB?

Hitler dan Stalin memang sudah lama mati (mungkin juga sudahpun dimasukkan ke dalam neraka yang paling dalam bersama-sama Firaun, Namrud dan raja-raja yang sekejam dan sekafir mereka). Tetapi malangnya legasi mereka masih berkekalan hingga hari ini. Dunia masih terus melihat kelahiran Stalin dan Hitler dalam bentuk baru. Lantaran itulah dunia tidak akan mencapai kesejahteraan dan keamanan seperti yang diimpikan. Ini kerana dunia terus gagal untuk menghentikan kelahiran para hegemon dan pemonopoli-pemonopoli kuasa samaada di peringkat negara mahupun di peringkat dunia. Walaupun teori "dunia tanpa sempadan" cukup hebat diperkatakan dan dunia dianggap semakin bersifat terbuka, pada hakikatnya konflik persempadanan di pelbagai rantau dan benua masih terus menjadi duri dalam daging dalam konteks hubungan dunia. Dan sebagai pelengkapnya, para pemonopoli-pemonopoli kuasa ini telah diberikan kedudukan tinggi serta kuasa VETO di peringkat dunia.

(Siapakah Penjenayah Terbesar Dunia? Bush? Blake? Obama? Putin? Atau Ben Laden?? )

(Wajah Dua Pemuka Fasisme: Mussolini dan Hitler)

(Akulah Raja Segala Komunis di dunia ini..)
PBB masih terus berhadapan dengan kegagalan demi kegagalan dalam menyelesaikan konflik antarabangsa. Ini tidaklah menghairankan. Selagi kita masihmembenarkan atau menghalalkan kewujudan kuasa-kuasa VETO di gelanggang antarabangsa, selagi itulah dunia ini tidak akan tenteram. Ini kerana makhluk-makhluk yang selicik dan sebuas Hitler dan Stalin dibenarkan untuk memiliki kuasa eksklusif di pentas dunia. Dan sebagai pelengkapnya, para syaitan dalam bentuk manusia ini telah mendapat mandat dan dokongan penuh dari zionis antarabangsa untuk terus merajai PBB hingga menyebabkan badan dunia itu semakin hilang wibawa dan lemah. PBB sudah tidak mampu menegakkan keadilan dan ketenteraman untuk masyarakat dunia. Sememangnyapun PBB tidak pernah mampu menjadi sebuah badan yang benar-benar berkesan untuk kesejahteraan dunia!

Hitler mungkin digelar sebagai syaitan dan diktator paling kejam oleh sejarah barat. Namun begitu, tiada siapa yang tahu bahawa beliau tidak pernah menyerang dan menceroboh negara-negara Islam yang merdeka. Sewaktu beliau melaksanakan kempen di utara Afrika, wilayah-wilayah tersebut masih dibawah penjajahan British, Peranchis dan Belgium. Ini bermakna Hitler mungkin lebih "baik" dari pemimpin-pemimpin barat hari ini yang rata-rata bersikap skeptikal terhadap masyarakat Islam yang merdeka. Hitler "jauh lebih baik" dari Bush (anak-beranak), Thatcher, Blake, Putin dan lain-lain. Malahan beliau juga "lebih elok" dari Obama. Ini kerana beliau tidak pernah mengebom masyarakat Islam berbanding yang lain!

TEORI KONSPIRASI TERUS MENGGANAS

GELOMBANG NEOIMPERIALISME SEMAKIN BUAS

BARAT semakin buas dan rakus. Britain, Peranchis, AS dan NATO telahpun melaksanakan serangan udara keatas LIBYA kelmarin (20 Mac 2011). Tanpa perlu menunggu mandat dan legimitasi PBB. Memang hebat. Dan, sebagai tindakbalasnya, Gaddafi mengistiharkan bahawa resolusi zon larangan terbang ciptaan oleh Majlis Keselamatan PBB telah dilanggar sendiri oleh sekutu-sekutu NATO. Gaddafi juga mengistiharkan bahawa tindakan mereka menyerang Libya ialah tindakan terrorism.

Libya (sebagaimana mana-mana negara didunia) merupakan sebuah wilayah yang berdaulat. Tiada siapapun yang berhak menceroboh kedaulatan orang lain. Apakah asas atau undang-undang manakah yang telah digunakan oleh samseng-samseng dunia itu untuk menggoncangkan kedaulatan negara lain? Pernahkah Libya menyerang atau menceroboh wilayah mereka? Jika tidak pernah, mengapa dan atas legitimasi atau kapasiti apakah mereka berani menjahanamkan negara orang lain?

Neoimperialisme sebagai salah satu skim jangkapanjang zionisme untuk mendominasi seluruh wilayah timur tengah (dan, selepas itu – seluruh rantau lain dimuka bumi) bukan lagi asing kepada kita. Hanya kita sahaja yang terlalu “liat” untuk menerima kenyataan. Lantas, ini memberi peluang mudah untuk sang penjajah menerobosi setiap rongga maruah dan kedaulatan Negara-negara lain. Kita harus mengakui bahawa gelombang neokolonialisme semakin ketara, buas dan biadap!


NATO SEBAGAI ALAT NEOKOLONALISME

SIAPA tidak kenal NATO? Sebelum ini mereka telah menjahanamkan Iraq dan Afghanistan hingga kedua-dua negara ini sukar bangkit. Selepas itu mereka mencari-cari alasan untuk membelasah Iran dan Korea Utara. Mujurlah Korea Utara merupakan sekutu kuat China. Dan Iran memiliki kekuatan-kekuatannya yang tersendiri untuk tidak mudah dimusnahkan seperti jiran-jirannya itu. Dalam banyak hal, AS dan sekutu-sekutu samsengnya perlu berfikir secara mendalam jika mereka mahu menyerang Iran. Iran mempunyai hubungan yang agak rapat dengan China selain hubungan dua-hala dengan Russia. Selain itu, lokasi Iran tidak terlalu jauh dari kedua-dua kuasa besar itu.

Berbeza dengan Libya yang jauh terpencil dari China dan Russia. Pun begitu, kedua-dua negara sosialis ini telahpun menyuarakan kekesalan mereka keatas tindakan samseng-samseng NATO tadi. Cuma, mereka masih belum membantah dan menggunakan kuasa veto untuk membatalkan kecurangan-kecurangan barat terhadap Libya. Tetapi, sekiranya mereka mengambil sikap berkecuali (seperti German), ia pasti akan memburukkan keadaan. Libya pasti terus menjadi mangsa serangan bom, missile-missile kawalan satelit serta senjata-senjata arsenal yang tersimpan dalam stor NATO.

Dengan lumpuhnya PAKATAN WARSAW (Warsaw Pact) pada tahun 1991, maka dunia kini didominasi oleh satu-satunya blok militer, iaitu NATO. Dengan menyaksikan sejumlah 28 keanggotaan (diterajui oleh 3 kuasa veto dunia – AS, Britain dan Peranchis), sukar untuk digambarkan bagaimana untuk menumbangkan dominasi pakatan ini. Dalam situasi hubungan global yang senantiasa tidak menentu, NATO akan terus bermaharajalela dipentas dunia selagi belum ada suatu pakatan baru bangkit untuk mencabar dominasi tersebut.


TIGA PENDEKATAN PENJAJAHAN BENTUK BARU

Barat memiliki 3 model untuk menumbangkan mana-mana negara. Model pertama ialah dengan merangsang orangramai bangun memberontak. Model kedua ialah dengan memaksa pemerintah untuk tunduk akur kepada kehendak rakyat yang bangun memberontak tadi. Model ketiga ialah dengan pencerobohan militer. Setakat ini, mereka lebih cenderung menggunakan model ketiga. Dengan alasan bahawa pemerintah telah mencabul hak asasi rakyat dan menjadi terlalu diktator, maka sudah cukup untuk samseng-samseng dunia ini melaksanakan neoimperialisme mereka tanpa perlu mandat PBB. Itulah yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

PBB memang sudah lama menjadi patung bernyawa kepada golongan neoconservatif dan zionis. Apa sahaja perkara karut yang dicadangkan oleh syaitan-syaitan ini akan dipertimbangkan dengan serius di meja Majlis Keselamatan PBB. Apa sahaja hal yg tidak akan memberi keuntungan kepada ahli-ahli "kelab neoconservatisme dan zionisme dunia" pasti akan dianggap sebagai konspirasi dan sikap terrorism. Ambil contoh: Rejim Israel menceroboh Tebing Barat dan Gaza dianggap sebagai tindakan "cuba mempertahankan diri". Sebaliknya jika masyarakat Palestine melontar batu demi mempertahankan diri dari pencerobohan, itu adalah dianggap sebagai pengganas besar! Dan, malangnya, AS serta sekutu-sekutu barat menyokong padu sebarang tindakan oleh rejim syaitan itu.


PBB SEMAKIN KAKU DAN LUMPUH

MUNGKINKAH PBB akhirnya akan menerima nasib seperti Liga Bangsa-Bangsa? Nampaknya badan dunia itu semakin tumpul dan meracau-racau. Sebagai Setiausaha Agong PBB, Ban Kee Mun hanya pandai bercakap sahaja. Dan kadangkala apa yg dicakapi mungkin tidak pernah dikarangnya sendiri. Sebagai contoh, beliau menganggap Gaddafi hilang legitimasi sebagai penguasa Libya kerana "menyerang" rakyatnya sendiri.

Buku undang-undang apakah yang dibaca oleh orang Korea (yg terdidik di AS) ini? Adakah Ban Kee Mun benar-benar memakari undang-undang antarabangsa atau asas undang-undang itu sendiri? Dimanakah beliau belajar undang-undang? Di Harvard? Di Temple? Dimana? Jika benar beliau seorang yg pakar dalam bidang perundangan, mengapa beliau tidak pernah membantah pencerobohan demi pencerobohan oleh sekutu-sekutu NATO selama ini? Mengapa beliau hanya berdiam diri terhadap kebuasan rejim zionis keatas masyarakat Palestine? Mengapa beliau tidak pernah mengharamkan serangan-serangan AS yang masih berlarutan di Afghanistan dan sempadan Pakistan?

Mungkinkah beliau sudah terlalu korup? Lantas hanya cakap-cakap si zionis dan" neocons" sahaja yang mampu beliau dengar? Nyata dapat dilihat bahawa beliau seorang "berat sebelah" (bias). Beliau cepat bertindak jika pelaku-pelaku terdiri dari negara-negara kecil. Dan, memekakkan telinga (serta membisu) jika pelanggar undang-undang antarabangsa terdiri dari blok barat dan kuasa-kuasa besar.

Kita tidak perlu meletakkan kepercayaan keatas PBB. Kita perlu kembali kepada fundamental. Fundamental bukan bermaksud fanatisme. Tetapi kembali kepada realiti. PBB perlukan penstrukturan semula. Baik dari segi prinsip, falsafah mahupun sistem. Sebagai badan dunia yang terunggul, PBB tidak sepatutnya bersifat talam dua muka: otoritarian keatas Negara-negara lemah/kecil tetapi sujud menyembah kuasa-kuasa besar, Negara-negara maju, yahudi dan bekas-bekas penjajah! PBB seharusnya mengamalkan nilai yang adil, demokratik dan samarata dikalangan anggota-anggotanya. Kuasa veto hendaklah dihapuskan. Hak eksklusif kerusi tetap dalam Majlis Keselamatan (yang kini dikuasai oleh AS, Rusia, Britain, Peranchis dan China) hendaklah dimansuhkan sepenuhnya. Setiap Negara anggota berhak kepada “satu undi”. Dan, tiada satu negarapun berhak kepada “veto”. Istilah “kuasa-kuasa besar” hendaklah dihapuskan. Semua negara adalah setaraf. BUKAN sepertimana yang diamalkan sekarang: berat sebelah, pilih kasih, dominasi, jurang pengaruh, veto dan penjajahan bentuk baru!

Sudah tiba waktu untuk negara-negara modern memikirkan kepada pembentukan sebuah badan dunia yang baru. Ini kerana PBB yang sedia ada semakin lumpuh dan hilang upaya selain menuruti telujuk kuasa hegemoni dan unipolar dunia!


MAHKAMAH KEADILAN/JENAYAH ANTARABANGSA TURUT MENJADI ALAT

MEMANG paling menjahanamkan. Jika sebuah badan kehakiman turut menjadi alat neokolonialisme, apa lagi yang tinggal didunia ini? Kita bukan mahu menuduh. Tetapi jika mahkamah itu sanggup menerima prosiding (oleh pihak ketiga yang langsung tidak ada kena mengena dengan sesuatu kewarganegaraan) untuk membicarakan seorang ketua Negara (atas tuduhan melanggar hak asasi rakyatnya sendiri), apakah maksudnya ini?

International Court of Justice (ICJ) atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang berpengkalan di The Hague (Belanda) hanya mempunyai bidangkuasa (yang diberi oleh PBB) untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak antara Negara-negara seperti persempadanan atau sepertinya. ICJ tiada bidangkuasa untuk menangani isu-isu antarabangsa seperti jenayah perang, genosid, jenayah agresi antara Negara dan jenayah terhadap kemanusiaan. Kes-kes seperti ini sepatutnya dilontarkan ke International Criminal Court (ICC) atau Mahkamah Jenayah Antarabangsa (juga berpengkalan di The Hague, Belanda).

Dalam pada itu, ada juga pihak ketiga yang menggunakan platform ICC untuk menyeret pemimpin-pemimpin tertentu dan dijatuhi hukuman. Majlis Keselamatan (contohnya) telah menyeret kes kekejaman di Darfur ke ICC. Ia akan bertimbal balik lantaran ICC (selepas menghakimi sesuatu kes) akan membuat keputusan yang nantinya menjadi mandat untuk Majlis Keselamatan mengambil tindakan “decisive” keatas pemimpin atau negara-negara berkenaan. Terbaru – Gaddafi - turut dipertuduhkan atas dosa “jenayah perang”(walaupun pada hakikatnya beliau sedang membenteras pemberontak-pemberontak militer dalam negaranya sendiri!).

Sebagai agensi yang diwujudkan oleh barat (dan kini diletakkan dibawah PBB), ICC (sebagaimana ICJ) adalah tidak lebih dari skima yang perlu diwujudkan dalam perancangan neoimperialisme yang lebih luas! Walaupun hanya dianggotai oleh 114 negara sahaja, nampaknya ICC tidak terkebelakang dalam menunjukkan lagak dan taringnya kepada dunia.


HUBUNGAN DUNIA BERASASKAN TEORI KONFLIK?

Hubungan dunia sebenarnya berada dalam era yg cukup tidak stabil. Hari ini kita bersahabat baik. Esok sahabat itu bertukar menjadi musuh yg paling ketat. Lusa, kita memperbaiki hubungan diplomatik. Tulat, mereka mengirimkan ledakan peluru berpandu dan segala jenis ledakan NBC. Ada-ada sahaja alasan yg dicipta untuk menukarkan status kita sebagai musuh mereka. Contohnya, indeks-indeks dicipta untuk mendarjatkan sesuatu negara kepada "negara baik" atau "negara despotik". Indek Hak Asasi, Indeks Terrorisme, Indeks Penyeludupan Manusia, Indeks Penyeludupan Dadah, Indeks Korupsi, Indeks Kebebasan Akbar, banyak lagi indeks-indeks yang dengan secara mudah dapat memerangkap sesuatu negara terutamanya negara-negara Dunia Ketiga dan di timur.

Negara kita tidak terkecuali dari "penilaian" ini. Hari ini kita mungkin "negara baik". Esok kita mungkin terjerumus dalam kategori "negara Pengganas" dan bersedialah untuk menerima "penangannya" sekiranya gagal untuk membebaskan diri dari "sangkar maut" itu.

Kita bercakap soal Teori Konspirasi. Ada teori yang terlalu akademik. Ada teori yang terlalu mentah. Tetapi ada teori yg cukup praktikal. Namun, pada akhirnya, pencipta teori itu sendiri yang menjadi konpirator-konspirator terbesar. Itulah yang telah didedahkan oleh AS serta sekutu-sekutunya semalam. Mereka menuduh Gaddafi sebagai pengganas dan pembunuh rakyatnya sendiri. Walaupun pada hakikatnya yang ditentang oleh Gaddafi ialah golongan pemberontak militia yang lengkap bersenjata dan memiliki peluncur roket anti keretalebal serta anti pesawat terbang. Siapakah "supplier" atau pengedar senjata canggih ini? AS? Britain? Belgium? Atau Peranchis? Adakah pemberontak-pemberontak itu cukup mewah hingga mampu untuk memiliki dan melengkapkan arsel militer yang secanggih itu untuk beberapa batalian pemberontak di Libya? Siapakah konspirator-konspirator yang telah membekalkan mereka dengan senjata-senjata hebat ini?


KOLONIALISME TIDAK PERNAH MATI

Siapa kata dunia ini sudah bebas dari penjajahan? Jika kita pernah mendengar kuliah berhubung teori-teori pembangunan, nescaya kita akan terkejut dengan realiti bahawa dunia tidak pernah bebas dari belenggu imperialisme. Kuasa-kuasa barat dan utara tidak pernah terfikir untuk menamatkan dasar imperlialisme masing-masing. Itu merupakan agenda tok-nenek mereka yang tidak akan tamat hingga kiamat!

Demikianlah NEOIMPERIALISME. Barat yang rata-rata merupakan penjajah (dan bekas-bekas penjajah) tidak dapat lekang dari nafsu-serakah mereka sebagai penjajah. Walaupun hubungan dunia dibawah PBB dikatakan berasaskan hasrat yang murni iaitu keamanan, ketenteraman, keadilan dan kesaksamaan, hakikatnya ia bukan begitu. Dunia tidak pernah mengecapi keamanan dan ketenteraman mutlak. Jauh sekali keadilan dan kesaksamaan.

Istilah KUASA-KUASA BESAR sebagai contoh, adalah gambaran atau bukti sebenar betapa dunia ini tidak pernah adil dan saksama. PBB hanyalah sebuah sandiwara yang cuba menenggelamkan realiti ketidakadilan itu. Istilah-istilah politik seperti KUASA PEMBATAL (VETO), kerusi tetap Majlis Keselamatan PBB, Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan dan lain-lain merupakan pelengkap kepada ketidakadilan PBB dan kegagalannya sebagai badan dunia yang mampu memayungi masyarakat dunia khususnya negara-negara kecil dan terkebelakang.

Pengalaman melihat bagaimana Iraq diserang oleh 81 buah persekongkolan negara-negara pada tahun 1991 (Operation Desert Storm ) dan tahun 2004 (Operation Desert Storm II) amat menyayat hati. Begitu juga dengan pencerobohan Afghanistan selepas peristiwa 9/11. AS sebagai Bapak Samseng Dunia (selepas keruntuhan Soviet Union) telah bertindak pada tahap kebuasan yang semahu-mahunya. Tiada siapapun mampu menghalang Bapak Segala Pengganas ini. Kofi Anand (S/U Agong PBB pada era tersebut) hanya mampu terkulat-kulat. Bimbang kalau-kalau nyawa beliau akan melayang jika cuba menghalang. Atau mulut beliau sudah tersumbat padat dengan rasuah besar?


ASTRO: ALAT PROPAGANDA BARAT?

Tepuk dada tanya selera. Adakah ini satu kebetulan? Atau realiti? Penjajahan barat hadir dalam pelbagai bentuk dan dimensi. Tiada siapa yang tahu. Tiada siapapun yang menduga. Tiada siapa akan terfikir. Ini kerana kita terlalu malas untuk berfikir. Kita mudah menyerah, dari memerah otak.

Hari ini ASTRO (Channel 555) kerap mempertayangkan kehebatan segala bentuk persenjataan canggih yang telah digunakan dalam Operation Desert Storm. Ia membabitkan rangkuman segala bentuk peralatan tempur yang ada dalam gudang NATO dan 'AREA 52" di AS termasuk Stealth, self-guided missile artileri yang boleh ditembak pada jarak 250km dari posisi musuh dengan ketepatan pinpoint, Predator UAV, B-1B, JSTARS dan lain-lain. Pembabitan sortie "The Father of All Bombs" yg menyaksikan pengguguran antara 500 - 1,000 atau 30,000 bom sehari (Cuba gambar betapakah kemusnahan yang boleh diterbitkan). Dibantu oleh sistem setalite yang bertaburan di orbit. Pembabitan kapal-kapal Induk dan kapal-kapal selam serta penempatan anggota-anggota elit komando dan marine yang lebih dari mencukupi untuk memusnahkan seluruh dunia Arab dalam masa beberapa minggu. Mungkin beberapa hari. Segalanya ditayangkan oleh ASTRO dan media barat dengan penuh keangkuhan.

HARI INI, bukan sekadar ASTRO: hampir apa-apa sahaja - sudah menjadi alat propaganda oleh pihak barat!


TEORI KONSPIRASI SEBAGAI ALASAN UNTUK MENJAJAH

Maka, marilah kita bertanya. Adakah wajar Libya diserang? Tidak cukupkah serombong minyak di Iraq dan perladangan candu terbesar dunia di Afghanistan? Bagaimana dengan Iran? Apakah dosa Libya? Samseng-samseng dunia meletakkan Libya sebaris dengan Korea Utara, Cuba, Myanmar dan "negara-negara paksi kejahatan" yang lain. Libya sudah lama dicap sebagai negara pengganas oleh barat terutama AS. Dan sudah beberapa kali diserang oleh jet-jet Israel dan NATO silih berganti. Tetapi apakah peranan PBB? Hanya menuding jari kepada Gaddafi sebagai punca segala permaasalahan ini? Dan hadiahnya ialah pencerobohan haram oleh kuasa-kuasa besar barat? Dimana letaknya erti kesaksamaan sejagat dan pemeliharaan hak kedaulatan negara-negara didunia?

Kita harus bersimpati dengan Saddam Hussein dan Iraq. Barat mengecap beliau sebagai diktator dan musuh nombor 1 dunia (barat?). Dari kedudukan sebagai presiden, beliau akhirnya kehilangan segala-galanya. Rakyat Iraq sendiri yang telah membongkar rahsia tempat persembunyian beliau kepada tentera penceroboh. Video youtube sempat merakamkan detik-detik terakhir nasib seorang makhluk yang amat digeruni barat. Beliau sempat mengucap sebanyak dua kali sebelum tali gantung merentap batang tenggoroknya. Insyaallah, beliau mati dalam iman. Sebelum itu beliau dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah (yang dikendalikan oleh puak syiah tajaan barat) atas tuduhan membunuh puak pemisah kurdish bermazhab syiah di sempadan Iraq-Turki.

Hari ini mungkinkah barat akan mencari-cari alasan agar Gaddafi dapat ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung kerana membunuh pemberontak militia yang mereka taja? Dalam ertikata lain, barat akan menggunakan pemberontak sebagai proksi untuk menghapuskan Gaddafi? Sebagaimana yang dilakukan oleh mereka (melalui militia kurdish) untuk menghapuskan Saddam dan meranapkan kedaulatan Iraq hingga hari ini?

Perkara ini terbukti jelas bila Bush Jr mengakui bahawa beliau telah diberikan taklimat yang salah oleh Pentagon dan CIA. Beliau telah bertindak keatas Afghanistan dan Iraq berlandaskan maklumat yang kabur. Malangnya nasi sudah lama menjadi bubur. Bubur pula sudah lama menjadi najis. Dan Bush (samaada Sr or Jr), kedua-dua anak-beranak ini sepatutnya sudah lama dibicarakan dan dihukum bunuh kerana jenayah perang yang mereka cipta selain dari membawa 81 buah negara terbabit dalam jenayah kemanusiaan yang paling besar selepas Perang Dunia Kedua. Hari ini kedua-dua bapak dan anak (yg merupakan penjenayah dan tokoh pengganas dunia) ini masih bebas dan dimertabatkan sebagai Stateman oleh negara tunggangan yahudi itu.

PBB sebagai satu-satunya badan utama dunia sepatutnya bertindak berasaskan carta-carta yang tertulis dalam piagam besarnya itu. Tetapi nampaknya PBB semakin kehilangan wibawa. "Double Standard" adalah cukup ketara dalam badan itu. Diburukkan lagi ideologi-ideologi regionalisme, kokus-kokus ekonomi, 'grouping' seperti EU, G7, G20, NATO, tingkahlaku IMF dan lain-lain, PBB semakin layu dalam gengaman dan drama konspirasi barat. Bukan sekadar sudah kehilangan taringnya, malahan hampir keseluruhan giginya sudah rongak dan hanya meninggalkan gusi yang tua dan lebam. Bagaimana PBB mampu bertindak sebagai sebuah badan dunia yang relevan dan unggul? Mungkin masyarakat dunia harus mula memikirkan untuk menubuh sebuah badan dunia yang baru bagi menggantikan atau menyaingi PBB. Ini kerana sudah terlalu banyak kegagalan direkodkan oleh badan dunia itu.

Masyarakat antarabangsa perlu benar-benar sedar dan insaf. Keamanan dan keadilan sejagat merupakan hak asasi setiap penghuni didunia ini. Tidak kira apa bangsa, warna kulit, agama, ideologi dan kewarganegaraan. Dalam Surah Al Hujurat Ayat 13, Allah Taala telah menegaskan bahawa kita semua berasal dari dua tubuh yang sama iaitu Adam dan Hawa. Dijadikan berbangsa-bangsa agar kita saling kenal-mengenal dan menjalinkan ukhuwah yang kukuh sebagai juraian anak-anak Adam. Dan darjat seseorang itu akan ditetapkan berasaskan nilai ketakwaan masing-masing.

Itulah hakikatnya. Bukan sebagaimana yang terjadi sekarang. Manusia menjadi terlalu perkauman. Zionisme dan Neocons merupakan fahaman perkauman yang melampaui batas-batas logik. Akibatnya mereka menjadi terlalu kufur dan membangkang kepada peringatan Allah Taala dengan sehabis-habis bangkangan. Dan PBB adalah kaldai yang menjadi tunggangan mereka kearah merealisasi cita-cita zionisme antarabangsa itu.

Demikianlah hakikatnya. AS, Britain, Peranchis, NATO, Belanda, Israel. Ramai lagi. Mereka ini tidak lebih dari golongan jahiliah modern yang bertujuan bukan sekadar untuk mengoyak-rabakkan uratnadi wilayah-wilayah yang wujud umat Islam didalamnya. Bukan juga sekadar untuk merampas sumber-sumber minyak, gas asli, candu mentah dan lain-lain. Yang paling utama ialah untuk mencabut akar umbi aqidah yang wujud dalam diri setiap manusia Muslim didunia ini. Hakikatnya, mereka bukan sekadar konspirator, samseng, pengganas atau terroris. Mereka ini adalah syaitan dalam bentuk manusia - yang cuba bersembunyi disebalik Teori Konspirasi yang mereka cipta. Mereka mahu umat Muslim menjadi kafir dan menyembah mereka.


KESIMPULAN

Oleh itu umat Islam wajib bangkit memperkukuhkan pendirian dan bersiap-sedia dengan segala kekuatan saintifik, teknologi, taktikal, unsur-unsur tangible dan intangible yang digembling demi memulih dan membina kembali kekuatan ummah yang semakin longlai. Kita mesti berdiri tegak dengan kegagahan mental dan fizikal. Kita wajib membenteras kezaliman serta ketidakadilan yang sudah melampaui batas pada hari ini. Tetapi hendaklah dengan perancangan dan langkah yg cukup bijaksana. Bukan dengan hipokrasi dan korupsi. Bukan dengan kebodohan dan ketololan.

Sebagai langkah permulaan, umat Islam (termasuklah semua negara-negara Islam) hendaklah MEMULAUKAN semua barangan keluaran barat khususnya dari negara-negara sekutu NATO (sebanyak 28 negara kesemuanya) dan yahudi. Langkah kedua,JANGAN MELABUR dan MENYIMPAN dinegara-negara tersebut. Melaburlah dinegara-negara Islam atau negara-negara yang bersimpati kepada Islam. Langkah ketiga, JANGAN melancung dan MEMBAZIRKAN WANG kesana, kecuali untuk mendapatkan ilmu/maklumat yg bernilai geopolitik dan geostrategik. Keempat, perkukuhkan ukhuwah Islamiah dalam ikatan satu dunia Islam yang lebih luas dgn mengambilkira faktor kesepaduan ummah sebagai asas kekuatan strategik. JANGAN ASYIK dengan berkelahi dan berkonfrontasi antara satu sama lain! Kelima, patuhilah peringatan Allah Taala dalam Surah Al Baqarah berhubung pembinaan kekuatan militer demi menggerunkan musuh kamu dan musuh Allah!

Singkatan "AKUM" : Maksud tersurat & tersirat







Bagi kita, ramai mungkin da terbaca tentang negatifnya singkatan AKUM yg memberi satu makna yang sungguh tak patut. Namun begitu, kita cuba cari kesahihan makna dalam bahasa asing itu, lalu terjumpa satu artikel dalam satu blog milik insan bergelar 'Khayal'. Begini coretannya dan fikir-fikirkan lah...

"Dalam beberapa entri hari tu aku ada sebut pasal kependekan atau akronim "Akum". Tetiba tadi aku terima emel forward yang ada isu ni. Gini ekstraknya:

Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :

Janganlah Kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah Kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah Kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika Ada orang hantar shortform "A'kum", Kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga Ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.


Aku balas emel member aku tu (dalam forum kita orang la) dua kali sebab dalam balasan pertama aku lupa nak berleter dan berceramah pasal benda yang aku plan nak tulis sebab terlalu sibuk sangat layan perasaan nak menjawab. Aku tulis gini:

Eh... sebenarnya aku terlupa nak berleter pasal "Avdo Kokhavim U Mazzalot" (sebenarnya "Ovdey Kochavim U'Mazalot") yg disebut dlm emel Si (nama Si Pemforward) tu.

Mazalot mmg perkataan Ibrani yg digunakan oleh Yahudi, tapi ia bermaksud "zodiak". Ovdey Kochavim U'Mazalot bukan bermaksud "Hamba2 binatang dan orang2 sesat" sebenarnya. Ovdey Kochavim U'Mazalot ialah maksud generik dari istilah penyembahan/pemujaan idola, danistilah terjemahannya ialah Worship of the stars and the signs of zodiac. Agaknya (nama Si Pemforward) salah baca "bintang" tu kpd "binatang" kot?

Tapi apa2 hal pun, aku sendiri pun byk guna kependekan dlm emel aku ni. Dan kependekan Ovdey Kochavim U'Mazalot kepada "AKUM" tak bermakna kita gelarkan org tu sbg sesat (mengikut ajaran Judaism, dan juga Islam). AKUM memang ditujukan kpd org yg kufur, tapi "kufur" dari ajaran Yahudi atau murtad Judaism la. Aku rasa aku ni mmg boleh dianggap sbg kafir Judaism la sbb aku anut agama Islam... ekekekekke....

Akronim AKUM adalah kebetulan dan bukan diniatkan utk tujuan hina Islam. Setiap amalan adalah dengan niat (bgtau benda ni kat (nama Si Pemforward) dan cakap kat dia sebelum forward sesuatu yg berkaitan akidah dan hukum Islam, sila buat research yg mendalam dulu). Kalau tak, maka byk perkataan kita pun boleh dianggap tak boleh dipakai kat tempat lain macam BABI di Australia (Bayside Adolescent Boarding Inc) yg menolong remaja yg tak tahan dok kat umah, NAJIS di US (National Azzociation for Justice Information System), TAIK di Turkey (Turk - Amerikan Is Konseyi atau Turkey - American Business Council).

Akronim yg aku pakai dlm emel aku ni pun boleh dikira "tak baik" kalau ikut konsep AKUM tu misalnya "dlm" tu akronim Divine Light Mission (Shri Hans Ji Maharaj) iaitu organisasi agama (mcm Arqam) yg asalnya ditubuhkan di utara India. "kpd" pulak ialah Kommunistische Partei Deutschlands, (Parti Komunis Jerman), "sbg" tu Sinclair Broadcast Group tu syarikat operator TV kat US (eh... yg ni dikira "tak baik" gak ke?"). Dan lagi - "dsb" boleh jadi Democrats for Strong Bulgaria (parti politik Bulgaria), "dll" boleh jadi dynamic link library.

Apape je lah....

Lanjutan:Untuk Renungan Bersama : Maksud singkatan " A'kum"

Tak setuju. Golongan yang bersungguh2 (sebut "ber-sung-guh-sung-guh" bukan "ber-sung-guh-du-wa") dan penuh semangat memperjuangkan "anti kependekan" ni dah salah konsep sebenarnya (perkataan "salah konsep" ni buat aku teringat je kat cikgu yg ajar kita Sains paduan malam2 kat ATDI masa Form 1, 2 dulu. Yang ada janggut halus panjang tu. Siapa ek nama dia?) "Askum" ke, "akum" ke, tu adalah kependekan dalam ejaan, bukan sebutan. Tak jd (sebut "ja-di" bukan "jid") murtad atau kafir kalau tulis camtu (sebut "charm-two"). Golongan anti-kependekan ni baca "dsb" ("dan sebagainya") macam mana? Baca "dll" ("dan lain2") macam mana? Dia orang sebut "dsb" tu "de-seb" ke? Atau dia orang sebut "dll" tu "de-lel" kot? In fact, perkataan "lain2" tu dia sebut macam mana? Dia sebut "la-en du-wa" atau "la-en-la-en"?

Persetankan aje golongan yang syok sendiri tu. Walau macam mana pun aku berdoa semoga perjuangan mrk (sebut "me-re-ka" bukan "merk") boleh dianggap syahid kalau tetiba mrk (sekali lagi sebut "me-re-ka" bukan "merk") mati ketika sedang membaca SMS (sebut "short message system" atau "es-em-es", bukan "semeses"). Tapi sebenarnya ada isu yg (sebut "yang" bukan "yeg") lebih besar yg (sekali lagi sebut "yang" bukan "yeg") harus diperjuangkan untuk menjamin akidah anak-anak kita tak tergelincir.